
SHAH ALAM: Penyanyi, Misha Omar memilih tarikh 2 Mei 2014 sebagai hari pernikahan dengan tunangnya, Firos Ezzwan Rossly.
Menurut penyanyi Bunga-Bunga Cinta ini, tarikh itu dipilih kerana mengambil keberkatan bulan Rejab selain kebetulan jatuh pada hari Jumaat.
"Sebelum ini pun emak memang ada pesan supaya kami memilih bulan Rejab jika mahu berkahwin. Selepas melihat kalendar, kami dapati tarikh 2 Mei sangat sesuai kerana ia bukan saja jatuh dalam bulan Rejab tetapi juga hari Jumaat.
"Selain itu ia juga jatuh pada hari cuti dan sekali gus memudahkan saudara mara untuk datang," kata Misha pada sidang media khas yang diadakan di sini, sebentar tadi.
Majlis akad nikah dan resepsi pasangan itu bakal diadakan di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan. - BH
No comments: