» » Mahkamah terima dokumen psikiatri Muhdalena sebagai eksibit

MUHDALENA Ahmad, ketika hadir di Mahkamah Sesyen Putrajaya bagi perbicaraan kes amuk di JPM, di sini hari ini. - KOSMO!/MD. SHAHJEHAN MAAMIN

PUTRAJAYA - Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk memasukkan dokumen perubatan psikiatri Muhdalena Ahmad yang dituduh mengamuk menggunakan pedang samurai di pekarangan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini dua tahun lalu sebagai eksibit kes.

Hakim Mohamed Kamil Nizam membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam bela, M. Visvanathan dan pasukan pendakwaan yang diketuai Kalmizah.

Permohonan itu diterima tanpa kehadiran pakar psikiatri Hospital Putrajaya, Dr. Umi Adzlin Silim berikutan beliau kini sedang menyambung pengajiannya di Melbourne, Australia.

Umi Adzlin merupakan pakar yang merawat Muhdalena ketika tertuduh dimasukkan ke hospital tersebut.

Muhdalena, 29, yang merupakan bekas penuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam proses membela diri atas empat tuduhan yang dihadapinya berhubung kejadian amuk bersama seorang lelaki di Kompleks B, JPM, Presint 1 di Putrajaya, pada pada pukul 2.30 petang, 9 Julai 2012.

Dalam kejadian itu, Khalil Afendi Abdul Hahamid, 47, yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahadi terbunuh selepas terkena tembakan di bahagian ari-ari dan tangan kiri manakala Muhdalena cedera pada paha kanannya. - Kosmo

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply