» » Dinding Pusat Media Di Stadium Maracana Runtuh


DINDING di pusat media runtuh, manakala lebih kurang 300 orang penonton Chile tanpa tiket menyerbu Stadium Maracana 45 minit sebelum perlawanan Sepanyol dan Chile bermula.

Penyokong-penyokong Chile itu cuba melepasi anggota keselamatan dan masuk ke dalam stadium.




Manakala 100 orang daripada jumlah tersebut berjaya menempatkan diri mereka di kawasan penonton.

Jelas kelihatan penyokong Chile yang menyebabkan dinding di pusat media itu runtuh sehingga mengakibatkan seorang wanita cedera dihantar ke hospital.

Seramai 30 penyokong Chile ditangkap dan selepas itu pihak polis cuba menenangkan keadaan serta mengiringi mereka keluar dari stadium.

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply