» » Johor DT, PKNS berkongsi satu mata di Stadium Shah Alam


HASRAT Johor DT untuk merakamkan kemenangan pada aksi terakhir pusingan pertama Liga Super tidak kesampaian selepas sekadar seri 1-1 dengan Selangor PKNS di Stadium Shah Alam malam tadi, lapor AHMAD FAZLI MOHD. YADI.

Sepanjang babak pertama perlawanan, PKNS ternyata mempamerkan persembahan agresif dengan mengasak benteng pertahanan Johor DT.

Begitupun, kecekapan penjaga gol Harimau Selatan, Mohd. Izham Tarmizi Roslan memastikan gawang pasukan pelawat tidak dibolosi dalam tempoh 20 minit pertama.

Kesungguhan The Red Ants dalam usaha mencari gol pertama akhirnya berhasil apabila penyerang sensasi PKNS, Patrick Ronaldinho merobek gawang Johor DT pada minit ke-36.

Jaringan itu hadir apabila Ronaldinho menyudahkan percubaan Mohd. Faiz Mohd. Isa yang sebelum itu ditampan Izham Tarmizi.

Bersambung babak kedua, Johor DT mula mempamerkan persembahan bertenaga dengan melancarkan serangan bertali arus ke gawang PKNS.

Safiq Rahim hampir berjaya menyamakan kedudukan selepas melakukan hantaran satu dua dengan bintang Argentina, Luciano Figueroa, namun penjaga gol PKNS, Muhd. Zamir Selamat lebih bersedia menyelamatkan gawangnya pada minit ke-47.

Harimau Selatan memperoleh gol penyamaan apabila tonggak pertahanan, Mahalli Jasuli menyamakan kedudukan pada minit ke-56.

Malang buat skuad PKNS apabila P. Gunalan diarahkan keluar padang pada minit ke-86 selepas dia didakwa melakukan bentesan keras terhadap penyerang Harimau Selatan, Safee Sali. - kosmo

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply