» » Johnny Depp sah bertunang dengan Amber Heard


LOS ANGELES - Pelakon popular Hollywood, Johnny Dep mengesahkan bahawa dia telah bertunang dengan kekasihnya, aktres Amber Heard.

Pelakon berusia 50 tahun itu membuat pengesahan tersebut selepas dia dilihat memakai sebentuk cincin pertunangan di tangan kirinya.

Tindakan bintang filem Pirates of the Caribbean memakai cincin tersebut turut mencetuskan spekulasi dia telah berkahwin dengan Heard.

Heard yang berusia 27 tahun pernah berlakon bersama Depp dalam filem The Rum Diary.

Pada tahun berikutnya, Depp berpisah dengan teman hidupnya yang juga Perancis, Vanessa Paradis.

Pasangan berkenaan dikurniakan dua orang anak.

Depp yang kini sibuk mempromosikan filem sbaharunya, Transcendence berkata, Heard merupakan gadis yang hebat.

- Reuters

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply