» » Guru silat pijak, bakar al-Quran

Foto
(SHAHRUL dan rakan, Iskandar menceritakan mengenai guru sebuah persatuan silat yang didakwa menyebarkan dakyah songsang.)

Seremban: Mereka menyertai sebuah persatuan silat di sekolah menengah sebagai sebahagian aktiviti kokurikulum, namun terkejut apabila seni mempertahankan diri itu menyebarkan dakyah songsang dengan mempertikaikan kebenaran al-Quran.

Apabila seorang daripada pelajar terbabit yang berusia 17 tahun menyanggah kenyataan itu, guru silat terbabit terus berang lantas melempar al-Quran sebelum memijak dan membakarnya.

Itu aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daripada seorang pelajar terbabit awal tahun ini dan menyiasat mengenai ajaran sesat yang disebarkan guru persatuan silat berkenaan.

Sumber JHEAINS berkata selepas menerima aduan daripada seorang daripada pelajar terbabit, pihaknya sudah menemui pengurusan sekolah berkenaan bagi membincangkan perkara itu awal bulan ini.

- HM

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply