» » » Bagaimana Berhadapan Dengan Orang Yang Membenci Kita ?


Bagaimana Berhadapan Dengan Orang Yang Membenci Kita ?

Hidup ini sangat indah dan kita kena hargai setiap masa yang kita lalui…setiap masa yang kita lalui itu adalah pelajaran untuk kita menghadapi masa hadapan.buruk dan baik sesuatu perkara adalah pelajaran untuk kita hadapi masa akan datang kita tidak tahu lagi bagaimana.yang baik kita jadikan panduan.yang buruk kita jadikan teladan.

Dalam menghadapi hari-hari bergelar manusia,banyak benda kita dah lalui.Begitu juga dengan manusia. Ramai juga manusia sudah kita kenali.Ada yang akan sayang dan sukakan kita.Ada yang membenci diri kita tanpa kita mengetahui apa salah kita pada mereka.

Bagaimana kita nak menghadapi orang yang membenci kita?perlukah kita menangis kerana takut akan orang yang membenci kita..tambahan pulak orang itu orang yang pernah rapat dengan kita…haihhh, jangan berburuk prasangka..jom baca petua orked yang selalu amal kan…

Petua 1

Bertenang saja….jangan membenci dia.Biarpun dia membenci kita sepenuh hati…Biarkan dia hidup dalam penuh kebencian itu.Hadapi dengan tenang mereka itu.Jika mereka ini meminta bantuan dan memerlukan pertolongan anda,bantu sahaja.pasti mereka yang membenci kamu akan letih jika kamu buat tak tahu dengan kebencian dia tu..hahhahaha….positif ok!

Petua 2

Balas kebencian dengan keramahan.Seandainya dia membenci kamu,dan kamu tahu dia sangat membenci kamu,memaki dan menghina kamu perdulikan itu semua.Senyum sahaja.Jangan gelabah!!!
 kalau kamu gelabah dan memakinya dan membenci jugak nampaknya kamu sama sahaja seperti dia!! tiada beza langsung kot…haishhh..tak mau la….positif ok!

Petua 3

Dituduh dengan perbuatan yang tidak kamu lakukan.Sebagai contohnya kamu dituduhan mencuri,memfitnah dan sebagainya….Kawal emosi.Jangan cepat terganngu.Buktikan bahawa kamu tidak bersalah dan kamu dipihak yang benar dalam keadan akal yang waras.positif ok!

Petua 4
 Tegur sahaja orang yang membenci kamu dengan lemah lembut dan tenang.Kadangkala apabila kita bersikap sebegitu hati mereka akan terbuka menerima diri kita.positif ok!

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply