headlines

    00:03 AM
» » 'Semuanya kerana Ultras Malaya'



Apabila tergendala, tentu sukar dapatkan semula rentak: Kim Swee

Selayang: Pemangku jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengakui kekacauan dilakukan kumpulan Ultras Malaya yang menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan selama lapan minit pada minit ke-30 mengganggu rentak dan momentum permainan anak buahnya.

“Setakat minit ke-30 sebelum permainan terhenti, kita bermain cukup baik dengan menggunakan bahagian tengah dan serangan. Apabila tergendala, sudah tentu sukar untuk pemain mendapatkan semula rentak dan hanya seketika pada babak kedua kita berjaya mempamerkan gerakan baik seperti itu.

“Apa pun kita sepatutnya boleh menang. Kita cipta banyak peluang dan pemain sudah cuba sebaik mungkin. Hanya tiada sentuhan penyudah, itu yang perlu kita perbaiki.

“Gol Amirizdwan Taj Tajudin yang dibatalkan (minit ke-11) saya tak tahu kenapa. Tapi jika tandukan Aidil Zafuan Radzak dan Safiq Rahim tidak terkena palang selain percubaan Amri Yahyah yang terkena tiang, sudah tentu kita mencapai kemenangan,” kata Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan.

- BH

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
mySIKAP beroperasi sepenuhnya Julai ini
»
Previous
Jambatan Kedua Pulau Pinang tak dikenakan tol selama sebulan: Najib

No comments:

Leave a Reply