» » Gambar pernikahan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana di Masjid Sri Damansara


Dengan sekali lafaz, pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof selamat diijabkabulkan dengan pasangannya iaitu Puteri Sarah Liyana di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara hari ini.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Al Fadil Ustaz Mat Syaharuddin Al Rashid Bin Mat Isa dengan mas kahwin berjumlah RM1,111 tunai tepat jam 10.31 pagi.

Majlis pernikahan tersebut menyaksikan pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berupa senaskah Al-Quran, sepasang kasut, produk penjagaan wajah berjenama Kiehl’s, buah-buahan, kek, sirih junjung, beg berjenama Boss, komputer riba Macbook dan sepersalinan pakaian dari pihak Sarah.

Pakaian pengantin ditaja oleh Cosry Couture dan majlis yang serba indah ini turut mendapat beberapa tajaan lain, antaranya dari Nasyeed.Com, N’dah Mahligai, Khyro Design, Love Undefined Photography dan Ari Wedding Couture.

Manakala, pihak lelaki membalas tujuh dulang berupa sepasang kasut, komputer riba Macbook, buah-buahan, seutas jam tangan, sirih junjung, telekung dan kek.

Turut hadir, Datuk Yusuf Haslam dan isteri, ahli keluarga kedua-dua mempelai, dan sahabat handai termasuk rakan artis dan selebriti tanah air.

Namun, majlis resepsi dijadualkan berlangsung pada malam ini di Dewan N’dah Mahligai Shah Alam terpaksa dibatalkan kerana kesihatan Syamsul masih belum stabil.



 

 (Kredit Foto/Myartis)


About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply