SEREMBAN 23 Feb. - Seorang warga emas maut selepas ditikam dengan kejam oleh seorang lelaki bertopi keledar dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak berhampiran Taman Bukit Mas di Jalan Seremban Tampin dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian pada pukul 9.50 malam itu, Aris Sulaiman, 64, meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam suspek di kaunter stesen minyak berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zainal Abu mengesahkan kejadian dan memberitahu kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Utusan
No comments: