» » Ukraine namakan Kabinet baharu, tentera Russia bersiap sedia

PEMANGKU Presiden, Oleksander Turchinov berucap di atas pentas, dengan calon-calon untuk jawatan menteri di belakang beliau, ketika perhimpunan di Dataran Merdeka dekat Kiev, hari ini. - Foto Reuters

SIMFEROPOL, Ukraine/KIEV: Pemimpin penentang Ukraine menamakan senarai menteri untuk membentuk kerajaan baharu berikutan penggulingan Presiden Viktor Yanukovich ketika Russia mengerah 150,000 anggota tenteranya bersiap sedia.

Arahan Presiden Vladimir Putin supaya askar Russia bersiap sedia untuk latihan perang dekat Ukraine adalah isyarat paling kuat Kremlin sejak Yanukovich disingkirkan hujung minggu lalu.

Moscow menafikan latihan di wilayah barat yang tidak diumumkan sebelum ini itu ada kaitan dengan perkembangan di negara jiran itu berikutan kenyataan keras di Ukraine mengenai nasib rakyat dan kepentingan Russia.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, memberi amaran kepada Moscow bahawa "sebarang campur tangan tentera yang akan mencabuli kedaulatan wilayah Ukraine adalah kesilapan yang amat besar".

Di Kiev, pemimpin penentang yang menggulingkan Yanukovich, menamakan bekas Menteri Ekonomi, Arseny Yatseniuk, sebagai pilihan mereka untuk mengetuai kerajaan sementara. - Reuters

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply