» » Sultan Johor ambil alih 15 peratus pegangan dalam MOL bernilai RM396 juta



KUALA LUMPUR 19 Feb. - Syarikat Internet, MOL Global Pte Ltd, hari ini mengumumkan persetujuan untuk menjual kepentingan ekuiti sebanyak 15 peratus dalam unitnya, MOL AccessPortal Sdn Bhd (MOL), bernilai AS$120 juta (RM396 juta) secara tunai kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ketua Pegawai Eksekutif MOL, Ganesh Kumar Bangah berkata, ia selari dengan hasrat Sultan Johor untuk meningkatkan penglibatan baginda dalam sektor teknologi bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.

"MOL telah berkembang sebagai syarikat Internet global yang boleh menjejaki asal usulnya penubuhannya di Johor 14 tahun lepas.

"(Jutawan) Tan Sri Vincent Tan, pemegang saham utama kami dan saya sendiri, kedua-duanya rakyat Johor, amat berbesar hati untuk menerima Sultan Ibrahim sebagai pemegang saham MOL untuk meningkatkan syarikat itu ke tahap seterusnya," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply