» » Saham KL tinggi pada akhir sesi pagi



KUALA LUMPUR: Harga-harga saham di Bursa Malaysia tinggi pada akhir sesi dagangan pagi hari ini, dirangsang oleh dagangan kukuh saham-saham bermodal kecil dan saham murah, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 10 mata kepada 1,829.37, selepas bergerak antara 1,819.69 dan 1,833.39, di sepanjang sesi.

Seorang peniaga berkata momentum dagangan dalam saham-saham bermodal kecil dan saham murah dijangka kekal cergas bagi mengekalkan minat penggiliran yang aktif ke atas saham itu berikutan aliran berita positif, manakala saham mewah terus stabil.

"Sementara itu, sentimen luaran yang semakin meningkat dengan unjuran pertumbuhan global yang mampan, akan memberikan sokongan kukuh semasa pembetulan pengambilan untung," katanya.

Di papan skor, Indeks Kewangan meningkat 47.391 mata kepada 16,600.51, Indeks Perladangan meningkat 79.09 mata kepada 8,624.99 manakala Indeks Perusahaan mengukuh 11.41 mata kepada 3,109.32.

Indeks FBM Emas menokok 58.54 mata kepada 12,642.78, Indeks FBMT100 menambah 51.39 mata kepada 12,317.52, manakala Indeks FBM Ace melonjak 130.06 mata kepada
6,432.86, dan FBM 70 susut 4.601 mata kepada 13,806.76.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 461 berbanding 259, dengan 322 kaunter tidak berubah, 574 tidak diniagakan dan 18 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.18 bilion saham bernilai RM1.19 bilion.

Antara saham aktif, PDZ Holdings susut dua sen kepada 13.5 sen, manakala Minetech untung setengah sen kepada 31 sen, Iris menokok tiga sen kepada 53.5 sen, Scomi melonjak 3.5 sen kepada 43 sen dan KNM menambah tujuh sen kepada 84.5 sen.

Bagi kaunter wajaran tinggi, Maybank, Axiata dan Sime Darby masing-masing turun satu sen kepada RM9.78, RM6.54 dan RM8.99.

TNB untung 18 sen kepada RM12.18 dan CIMB menambah satu sen kepada RM7.10. - BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply