» » Jerat paku

(Foto/metro)

Kuala Lumpur: Sekumpulan lelaki yang menawarkan khidmat membaiki tayar motosikal pancit atau bocor dan lebih dikenali sebagai mekanik bergerak dikesan menabur paku di laluan kenderaan itu di Lebuh raya Utara Selatan berdekatan Plaza Tol Sungai Besi di sini, sehingga menimbulkan kebimbangan serta rungutan pengguna.

Lokasi diibaratkan sebagai ‘jerat paku’ itu bukan saja boleh mengakibatkan berlaku kemalangan dan membahayakan nyawa, malah pengguna laluan berkenaan menanggung kerugian kerana perlu menukar tayar pancit dengan harga serta upah mahal ditawarkan mekanik terbabit.


Lebih rumit sekiranya kejadian berlaku pada waktu malam terutama kepada wanita yang terdedah risiko disamun atau pelbagai jenayah lain selain dilanggar penunggang motosikal lain.

Dalam kejadian terbaru minggu lalu, sekumpulan pemilik motosikal melalui kawasan berkenaan berhenti mengutip paku ditabur sebelum meneruskan perjalanan. - HM

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply