(Foto/bsnews)
KUALA LUMPUR: Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) telah mengumpul derma berjumlah hingga US$20,000 (RM66,000) untuk membantu mengurangkan penderitaan pelarian Palestin di Lubnan.
Sumbangan itu diserahkan Duta Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppannan, bagi pihak PGPF, kepada Kassem Mohammad Aina, yang menerimanya bagi pihak Institusi Penjagaan Sosial dan Latihan Vokasional Kebangsaan Lubnan pada satu majlis di kedutaan itu di Beirut, hari ini.
Kedutaan itu dalam kenyataan kepada Bernama berkata derma itu dikumpul oleh PGPG daripada rakyat Malaysia melalui sumbangan orang ramai untuk mengurangkan penderitaan pelarian Palestin dari Syria di Lubnan.
PGPF ditubuhkan bekas perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang bertujuan memupuk keamanan global. BERNAMA
No comments: