Pastikan ayam dibeli bersih dan halal
KUALA TERENGGANU 18 Feb. - Orang ramai disaran memberi perhatian serius berhubung tahap kebersihan ayam yang dijual bagi memastikan ia disembelih secara halal dan selamat dimakan.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Abdul Razak Mohd. Zailan berkata, ayam yang dijual di pasaran terbuka seperti pasar raya, pasar tani atau pasar malam berkemungkinan tidak melalui proses penyembelihan yang sah oleh penyembelih yang bertauliah.
"Sebelum membeli ayam, masyarakat perlu mengetahui adakah ayam itu disembelih secara sempurna oleh mereka yang bertauliah dan mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), selain dicop tanda VHM (Veterinary Health Mark).
"Pastikan ayam yang dijual itu dibungkus dengan plastik berserta logo halal Jakim dan VHM sekiranya pembeli tidak yakin dan was-was," katanya pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan ke-22 Persatuan Penternak Terengganu (PPT) di sini hari ini. - BERNAMA
No comments: