» » Pasangan Pelajar Universiti Malaysia Sabah Maut Dirempuh Bas [5 Gambar]

Keadaan kereta Viva yang dinaiki mangsa selepas kemalangan dengan sebuah bas di alan Tuaran By Pass, Kota Kinabalu, Sabah.


KOTA KINABALU: Dua pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah yang merancang untuk bertunang meninggal dunia di tempat kejadian dalam perlanggaran di antara sebuah kereta dan sebuah bas ekspres di Menggatal.

Rakan-rakan mereka berkata, Shazwan Hazlami Sharidzuan, dari Sandakan dan Norashila Abdullah, dari Miri, kedua-duanya berusia 23 tahun, telah menyatakan rancangan untuk bertunang selepas menamatkan pengajian dari kursus ijazah Pengurusan Perniagaan mereka.

“Mereka kedua-duanya amat komited dalam pelajaran dan juga merancang untuk bertunang dan mencari kerja bersama-sama selepas konvokesyen pada bulan September,” kata rakan mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Ajil, di Hospital Queen Elizabeth.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam Ahad, sebuah bas ekspres yang membawa 38 penumpang merempuh kereta yang dinaiki Shazwan dan Norashila.

Saksi berkata, bas terbabit, yang dalam perjalanan ke Tawau dari Kota Kinabalu menyeret kenderaan itu kira-kira 200 meter.



 ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat Nurashila yang maut selepas kenderaan dinaikinya dan Shahzwan diseret sejauh 70 meter oleh sebuah bas ekspres di Jalan Tuaran By Pass, Kota Kinabalu, Sabah kelmarin.




Pasangan itu meninggal dunia akibat kecederaan dari kepala hingga kaki.

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat Nurashila yang maut selepas kenderaan dinaikinya dan Shahzwan diseret sejauh 70 meter oleh sebuah bas ekspres di Jalan Tuaran By Pass, Kota Kinabalu, Sabah kelmarin.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Sabah Supt Ismadi Borhan berkata operasi untuk mengetatkan kawalan ke atas pemandu bas tidak bertanggungjawab akan dijalankan.

“Pemandu bas yang tidak memandu mengikut had laju akan dikenakan hukuman yang lebih berat. Kami juga memerlukan kerjasama orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa dalam memburu mana-mana pemandu yang memandu secara tidak selamat di jalan raya,” katanya.

-Mstar

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply