» » Kad pintar bagi peneroka dan kakitangan Felda akan diperkenalkan

JEMPOL 17 Feb. - Felda akan memperkenalkan kad pintar untuk kakitangan Felda, peneroka dan pekerja ladang dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Pengurus Besar Felda Wilayah Raja Alias, Yusof Mohamad berkata, kad ini akan mengandungi maklumat peribadi pemilik kad seperti maklumat keluarga, pendidikan, kesihatan dan hutang peneroka di Felda.

"Kad pintar ini mengandungi cip dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Kad ini boleh digunakan di bank dan pejabat Felda.

"Buat masa ini pengeluaran kad pintar tersebut masih di peringkat projek perintis dan sekiranya berjaya kad ini akan dikeluarkan untuk anak-anak Felda," katanya ketika ditemui di Felda Palong dekat sini hari ini. - UTUSAN

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply