ANGGOTA kecemasan Lubnan menjalankan
operasi menyelamat di tempat kejadian letupan bom di pinggir Beirut,
hari ini. Serangan itu dilaporkan mensasarkan Pusat Kebudayaan Iran di
negara itu. - Foto AFP
BEIRUT: Dua letupan bom menggegarkan selatan pinggir ibu Negara Lubnan, Beirut, hari ini, menyebabkan dua terbunuh manakala berpuluh lagi cedera.
Serangan terbaru itu dilaporkan mensasarkan Pusat Kebudayaan Iran, demikian menurut jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian.
Letupan berlaku di pusat pemeriksaan keselamatan berhampiran pusat kebudayaan berkenaan.
Sumber pihak keselamatan memberitahu, sekurang-kurangnya dua maut dalam dua letupan berkembar itu namun tidak dapat disahkan sama ada ia serangan bom kereta atau bom berani mati.
Agensi berita Lebanon National News memetik pasukan Palang Merah mengesahkan angka kematian berkenaan dengan 38 lagi cedera. - AFP
No comments: