air busuk terpaksa digunakan bagi menyedut air daripada kolam takungan untuk mengawal kebakaran di tapak pelupusan sampah Kubang Pasu, Jitra, Kedah semalam.
Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 5.40 petang itu menyebabkan asap tebal dapat dilihat kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Sufian Hassan berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.50 petang terpaksa bergantung kepada sebuah kolam takungan yang dipenuhi air sampah untuk mengawal api daripada merebak ke ladang kelapa sawit berhampiran.
"Kita tidak mempunyai pilihan selain menyedut air yang busuk itu dan akhirnya berjaya memadamkan api kira-kira pukul 1 pagi tadi (semalam)," katanya di sini. - kosmo
No comments: