KEADAAN kereta dinaiki Ainan Tasneem bersama tiga
rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang dekat
Sungai Batu Pahat. - Foto ihsan pembaca
KANGAR: Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem, cedera selepas kereta dinaikinya terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.
Difahamkan, kereta yang dinaiki Ainan yang juga penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama tiga rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang.
Semua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan.
- Mstar
No comments: