» » Agong serah suratcara pelantikan hakim



KUALA LUMPUR, 19 Feb. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan suratcara pelantikan kepada lima Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara di sini.

 Hakim Mahkamah Tinggi yang baru dilantik (dari kiri) Lee Swee Seng, Lee Heng Cheong, Datuk Asmabi Mohamad, See Mee Chun dan Samsudin Hassan bergambar pada majlis Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara di Kuala Lumpur, Rabu. Foto BERNAMA


Lima Hakim Mahkamah Tinggi tersebut ialah Datuk Asmabi Mohamad, Lee Heng Cheong, See Mee Chun, Samsudin Hassan dan Lee Swee Seng.

Turut hadir menyaksikan istiadat pelantikan itu Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria; Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Istiadat mengangkat sumpah pelantikan diadakan di Dewan Singgahsana Kecil. - BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply