» » 2 nelayan hilang di Kota Belud

(Gambar hiasan/pembinasabah)

KOTA KINABALU: Dua nelayan sambilan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka gagal dikesan di perairan Rampaian Laut, Kota Belud dekat sini, sejak Jumaat lalu.

Arman Junaidi dari Pulau Mantanani dan rakannya yang hanya dikenali sebagai Sallaudin dari Kampung Rampaian Laut, yang masing-masing berusia 40-an, dilapor memancing di perairan itu pada kira-kira 5 petang.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Deputi Superitendan Mohan Nadasen berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada majikan mereka sebelum menghubungi Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Belud untuk membantu menjalankan gerakan mencari dan menyelamat.

"Majikan mereka membuat laporan polis kira-kira 5.20 petang semalam selepas 24 jam tidak pulang bekerja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat turut dibantu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), polis marin, dan bomba di lokasi-lokasi berdekatan.

"Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan esok jika mangsa belum ditemui sehingga 6 petang ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendi K Ramin berkata Balai Bomba Kota Belud menerima maklumat mengenai perkara itu pada 5.15 petang semalam dan menghantar lima anggota dan sebuah jentera ke tempat kejadian.
- BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply