» » Tarif elektrik naik 4.99 sen sekilowat sejam tahun depan



KUALA LUMPUR – Kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan 14.89 peratus atau sebanyak 4.99 sen sekilowat sejam (kWj) menjadikan kadar baharu sebanyak 38.53 sen/kWj daripada kadar lama 33.54 sen/kWj berkuat kuasa 1 Januari 2014.

Bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5 sen kWj kepada 34.52 sen (peningkatan sebanyak 16.9 peratus) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, kenaikan tarif itu didorong empat faktor iaitu kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kWj), kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41 sen/kWj), kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kWj) dan semakan tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.9 sen/kWj). - kosmo

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply