» » Al-Ikhsan terbesar di UDA Business Centre



 MOHD. SHANE MOHD. ISA (dua dari kanan) bersama Ahmad Yanie Ismail (tiga dari kanan) membawa pasukan JDT diketuai Bojan Hodak meninjau butik Al-Ikhsan di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, kelmarin. –utusan/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 14 Dis. – Gedung barangan sukan, Al-Ikhsan Sport Sdn. Bhd., meluaskan rangkaian perniagaannya dengan membuka cawangan baharunya yang merupakan premis pakaian sukan terbesar di negara ini bertempat di UDA Business Centre, Jalan Padi Emas 1/4, Bandar Baru Uda di sini.

Majlis perasmian Al-Ikhsan Mega Store yang berkeluasan kira-kira 20,000 kaki persegi dan mempunyai empat tingkat itu turut menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat tersebut bersama Southern Tigers Sdn. Bhd.

Pengurus Besar Al-Ikhsan, Mohd. Shane Mohd. Isa berkata, gedung tersebut merupakan cawangan ke-140 selepas pembukaan terdahulu di Bangi, Selangor.

Menurutnya, cawangan baharu ini menyediakan barangan keperluan sukan dan aksesori bagi kategori berbeza dengan tingkat satu memperaga barangan wanita dan kanak-kanak dan tingkat dua untuk koleksi pakaian larian, sandal, kasut bola keranjang.

“Tingkat tiga pula melibatkan produk fesyen harian, ragbi, sukan permotoran manakala tingkat empat pula khusus untuk bola sepak.

“Kita turut menyediakan `padang’ yang memberi peluang menendang bola dengan but yang dipilih untuk mencuba kekuatan tendangan dan keserasian,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan pada majlis perasmian Sabtu lalu.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Pemasaran Southern Tigers Sdn. Bhd., Ahmad Yanie Ismail, Jurulatih Johor Darul Ta`zim (JDT), Bojan Hodak, serta beberapa pemain pasukan Harimau Selatan.

Sementara itu, Ahmad Yanie berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak itu akan memudahkan peminat pasukan JDT untuk mendapatkan produk keluaran Southern Tigers di cawangan-cawangan Al-Ikhsan.

“Buat permulaan, produk seperti t-shirt, topi dan mafla boleh didapati di 30 cawangan utama Al-Ikhsan seluruh negara. Sekiranya kerjasama ini mendapat sambutan yang baik, tidak mustahil jumlah cawangan yang menyediakan produk-produk tersebut akan ditambah di masa hadapan,” katanya. -utusan

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply