» » S5 biru, emas di pasaran Malaysia



Samsung mengumumkan kesediaan versi Galaxy S5 warna biru dan emas bagi pasaran Malaysia yang kini mula dijual.

Serentak dengan pengumuman itu, Samsung menawarkan peluang kepada pembeli Galaxy S5 untuk memenangi dua tiket penerbangan ke Brazil, TV lengkung UHD 55 inci dan bola sepak Galaxy 11 Edisi Terhad yang ber–akhir 15 Jun lalu.

Menurut Naib Presiden Unit IT & Perniagaan Mudah Alih Samsung Malaysia Elektronics (SME), Ng Long Shyang, menerusi platform Galaxy 11, menjadi platform fantasi sebagai kempen pemasaran yang menceritakan 13 pemain bola sepak terbaik dari seluruh dunia.

“Selari dengan tahap fantasinya, pemain perlu berjuang menyelamatkan dunia daripada ditawan makhluk asing dalam satu perlawanan bola maya,” katanya.

Samsung juga memperkenalkan empat aplikasi permainan bertemakan Galaxy 11 sebagai peluang buat peminat untuk mencuba skill mereka secara maya.



Permainan ‘The Match: Striker Soccer Galaxy 11’ untuk Android yang boleh dipindah turun daripada Google Play Store, memberi peluang kepada peminat untuk bermain sebagai sebahagian pasukan Galaxy 11 menentang pasukan makhluk asing dan ganjaran akan diberi kepada individu setiap minggu.

Tiga permainan lain termasuk Galaxy 11 ‘Cannon Shooter’, ‘Soccer Wars’ dan ‘Shooting Soccer’. -HM

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply