» » Tudung Fareeda sasar untung RM90j


Syarikat pengeluar tudung, Fareeda Global Resources Sdn Bhd menyasar keuntungan jualan sehingga RM90 juta tahun ini bagi produk tudung keluarannya.

Duta Produk dan Pegawai Pemasaran Jenamanya, Mawar Abdul Karim, berkata sasaran itu dibuat berikutan faktor permintaan tinggi yang berterusan selain perluasaan pasaran sehingga ke luar negara iaitu Brunei.

“Tahun lalu, Fareeda mencatatkan jualan sebanyak RM30 juta dan tahun ini melihat kepada perkembangan pasaran, kita menjangkakan jualan akan meningkat dua ke tiga kali ganda.

“Sasaran itu juga diyakini mampu dicapai berikutan syarikat kini akan membuka dua pusat pengeluaran baharu iaitu di Kelantan dan Pulau Pinang yang dijadualkan beroperasi pada Mei dan Jun ini,” katanya pada sidang media selepas meninjau proses temu duga terbuka di Dewan Nur Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Peluang pekerjaan

Lebih 100 peluang pekerjaan disediakan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Pulau Pinang untuk membolehkan wanita yang terdiri daripada ibu tunggal mendapat pekerjaan tetap

Mawar yang ditemani suaminya, Fizo Omar yang juga jurucakap Fareeda berkata, bagi memastikan syarikatnya menguasai pasaran tudung tempatan, syarikatnya juga merancang membuka dua lagi butik baharu di Ipoh dan Johor Bahru selepas pembukaan enam butiknya sebelum ini selewatlewatnya hujung tahun ini.

Kuasai pasaran tempatan Beliau berkata, setakat ini, syarikatnya mempunyai lebih 500 pekerja di enam cawangan dan berdasarkan tambahan pekerja, pihaknya yakin untuk mencapai pengeluaran sebanyak 100,000 helai tudung sebulan dalam tempoh terdekat dan untuk jualan ketika Aidilfitri nanti.

Sementara itu, Fizo berkata, pihaknya juga kini sedang berusaha untuk menembusi pasaran Singapura dan Indonesia dalam masa terdekat.

“Kami yakin jenama tudung ini berpotensi untuk berkembang di dua negara berkenaan kerana kami sangat mementingkan kualiti dan rekaan yang ekslusif, malah ia didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987,” katanya. - BH

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply