
Dalam kejadian pada pukul 4.55 petang itu, Nur Zuraiyanie Habil, 30, dan anak perempuannya, Iman Nur Qurratunnisa Muhammad Syafie maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Bagaimanapun, seorang lagi anak mangsa, Muhammad Iman Qashrin, 5, dan pemandu lori berkenaan, Johari Ahmad, 37, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga bersama dua anaknya menghala ke Sitiawan dari Teluk Intan bertindak memotong kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan lori jenis Isuzu.-kosmo
No comments: