» » Penculik belum buat tuntutan


Kota Kinabalu: Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek hari ini mengesahkan kumpulan penculik menghubungi anggota keluarga pelancong wanita warga China yang dilarikan dari Singamata Adventures Reef and Resort, dekat pekan Semporna Rabu lalu.

Katanya, anggota keluarga terbabit menerima panggilan telefon itu pada Jumaat lalu dan berpeluang bercakap sendiri dengan mangsa.
Bagaimanapun, katanya, tiada sebarang tuntutan dibuat oleh kumpulan penculik setakat ini.

"Mangsa culik dilaporkan selamat dan berada dalam keadaan sihat," katanya.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 10.30 malam, seorang pelancong wanita rakyat China dan seorang pekerja pusat peranginan itu diculik sekumpulan tujuh lelaki bersenjata.

Wanita China yang juga seorang pelajar dikenali sebagai Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai manakala pekerja wanita Filipina berusia 40 tahun itu dikenali sebagai Marcy Dayawan atau Mimi.

Berikutan itu, Mohammad berkata, ESSCOM akan melancarkan operasi pemeriksaan dalam tempoh terdekat terhadap semua resort di pulau peranginan di Semporna, bahagian pantai timur Sabah.

"Kita akan tambah sekitar 30 peratus kekuatan aset ESSCOM tanpa mengabaikan tugas untuk mengawal keselamatan di kawasan lain di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE)," katanya.

- HM

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply