» » Jualan kenderaan terjejas?


RAWANG 2 April - Liberalisasi pasaran dalam sektor automotif negara dijangka menyebabkan penguasaan pasaran bagi segmen kereta nasional untuk suku keempat 2013 merosot sebanyak 40 peratus.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) Datuk Aminar Rashid Salleh yang mengakui perkara itu bagaimanapun berkata, pihaknya berjaya mengekalkan penguasaan pasaran bagi keseluruhan tahun 2013 iaitu sebanyak 30 peratus.

Dalam hal ini katanya, Perodua akan melakukan apa yang terdaya untuk mempertahankan penguasaan pasarannya pada tahun-tahun mendatang.

“Terdapat banyak sebab (kemerosotan pasaran). Pada pandangan kami ini disebabkan liberalisasi pasaran yang menyebabkan pengeluar kereta bukan nasional mengatasi pasaran jualan kereta nasional,'' kata beliau pada media yang menyertai Lawatan Suai Kenal Perodua di sini hari ini.

Beliau memberitahu, pihaknya sedang mengusahakan sesuatu bagi terus mengekalkan pasaran dan lawatan media ini juga adalah salah satu usaha untuk menunjukkan Perodua sedang dalam proses transformasi bagi berdepan cabaran pada masa depan.

Turut mendapat perhatian ialah kenaikan kadar faedah pinjaman untuk pembelian kereta oleh intitusi perbankan walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) semalam, menafikan telah memberi arahan untuk kenaikan tersebut.

Aminar dalam hal itu berkata, pinjaman pembelian kereta adalah penting kepada Perodua kerana 90 peratus pembeli kereta bergantung kepada pinjaman.

`Kenaikan kadar faedah akan mewujudkan tekanan dan memberi kesan kepada jualan kereta. Bagaimanapun kami akan mencari penyelesaian yang sesuai untuk mengatasi isu itu.

Diantaranya kata beliau ialah Perodua membantu dari segi pemilikan kereta melalui kos penyelenggaraan yang diberi percuma selama tiga tahun untuk produk keluarannya.

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply