» » Hujan lebat dijangka berterusan hingga Mei


KUALA LUMPUR 4 April - Fenomena hujan lebat dan ribut petir yang berlaku sejak 29 Mac lalu dijangka berterusan sehingga awal Mei ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan, fenomena itu terjadi kerana peralihan monsun di mana hujan lebat dan ribut petir akan kerap berlaku terutama pada sebelah petang dan awal senja.

Fonemena itu dijangka melanda kebanyakan kawasan negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung dan pedalaman Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Sepanjang tempoh tersebut sering dikaitkan dengan kejadian angin kencang dan banjir kilat.

Sehubungan itu, jabatan tersebut mengingatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan menghubungi Jabatan Meteorologi Malaysia melalui talian hotline 1-300-22-1MET, mengunjungi laman sesawang atau ke laman sosial MetMalaysia untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini. - Utusan

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply