» » Syamsul, Puteri Sarah ubah fikiran


KUALA LUMPUR – Enggan mengganggu pesakit lain di hospital, pelakon dan pengarah terkenal negara, Syamsul Yusof, 30, mengubah fikiran untuk bernikah dengan pasangannya, Puteri Sarah Liyana, 29, di sebuah masjid di Damansara, Petaling Jaya.

Perkara ini disahkan oleh ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail yang memaklumkan yang anak kesayangannya itu telah menimbangkan semula keputusannya sebelum ini yang nekad untuk diijabkabulkan di hospital jika kesihatannya masih tidak pulih.

“Syamsul mengambil kira banyak faktor (lokasi nikah). Dia tak mahu pesakit lain terganggu kalau majlisnya di buat di sini (hospital), jadi dia putuskan untuk bernikah di lokasi asal yang dipilih iaitu di sebuah masjid di Damansara.

“Tambahan, segalanya sudah didaftarkan dan perubahan tempat tidak digalakkan,” katanya di sini semalam.

- kosmo

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply