» » Hokkaido cheese cake

Hokkaido cheese cake




3 biji kuning telur
20 gm gula castor
40 ml minyak jagung
40 ml susu segar
60 gm tepung kek

Cara- cara:

(Bahan A)
Pukul kuning telur + gula sehingga warna bertukar menjadi putih/pekat dengan kelajuan maksimum. Apabila sudah pekat, masukkan susu segar pukul sehingga sebati dan masukkan tepung kek. Kacau dengan menggunakan whisk sahaja…

Meringue (Bahan B )

3 biji putih telur
20 gm gula

Pukul putih telur + 20gm gula castor pukul sehingga pekat & bertanduk.. bila diterbalikkan x tumpah
Campurkan Bahan B ke dalam Bahan A sikit demi sedikit. Kacau dengan spatula sahaja…

Bakar dalam oven dengan suhu 160 C selama lebih kurang 10 minit / sehingga keperangan - Jangan sampai hangit ya....

Vanilla Castard Cream
1 sudu tepung kek
1 sudu tepung jagung
40 gm gula kastor
200 ml susu segar
2 biji kuning telur
15gm butter
1 sudu teh Vanilla

Cara:
Campurkan kesemua bahan dan kacau rata dengan whisk… masukkan kan dalam periuk dan masak dengan api perlahan.. masukkan butter.. kacau sehingga pekat… masukkan esen vanilla…

Whipped Cream

100 ml whipped cream
20 ml gula castor

Pukul whipped cream dengan gula & kelajuan maksima… sehingga pekat & bertanduk…

Campurkan whipped cream ke dalam cream kastad tadi dan kacau sehingga sebati…

Masukkan ke dalam piping beg & cucuk dalam kek pipe kan sehingga timbul… hiaskan dengan gula icing & sedikit buah.

dikongsi oleh : Mum My

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply