» » 30 ekor gajah rosakkan tanaman di Telupid

 (gambar file)

TELUPID, 18 Feb. - Sebanyak 30 ekor gajah dilapor memasuki kawasan Kampung Bauto dekat sini dan merosakkan tanaman penduduk.

Ketua Kampung, Kamilus Dian berkata, kehadiran gajah tersebut melalui ladang kelapa sawit yang baru dibuka berhampiran kampung itu disedari Jumaat lepas.

"Namun gajah berkenaan tidak mengancam keselamatan penduduk kampung, hanya merosakkan tanaman," katanya.

Beliau berkata, pihak Jabatan Hidupan Liar dan polis melakukan pemantauan pergerakan gajah berkenaan sambil dibantu penduduk kampung.

Katanya, empat ekor gajah dikesan melepasi jalan utama di kampung itu dan dua daripadanya sudah ditangkap kira-kira pukul 9 pagi tadi. - BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply