» » Dua ribu penduduk Sg Lembing putus hubungan




KUANTAN: Hampir 2,000 penduduk putus hubungan apabila Jambatan Sungai Charu di Sungai Lembing, di sini, runtuh selepas dihanyutkan arus deras berikutan paras sungai naik mendadak, kira-kira 4 petang tadi.

Jambatan berkenaan adalah satu-satunya jalan penghubung kawasan berkenaan dengan bandar ini.

Jurucakap polis berkata, hujan berterusan lebih 48 jam sejak Ahad lalu menyebabkan air sungai berkenaan melimpahi jalan sehingga memaksa laluan di Kilometer 28, Jalan Sungai Lembing-Kuantan diarahkan tutup kepada semua kenderaan pagi tadi.

Sehingga ini, satu pusat pemindahan dibuka iaitu di Balai Polis Sungai Lembing yang menempatkan satu keluarga membabitkan sembilan mangsa.

Sementara itu, kira-kira 100 penduduk dari perkampungan Orang Asli Kampung Kesing, Rompin mula dipindahkan berikutan banjir yang melanda negeri ini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, berkata penduduk kampung itu mula dipindahkan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan butiran lengkap mengenai proses pemindahan belum diperoleh. -HM

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply