» » » 6 Tip Elak Selesema


Berikut ialah 6 tip elak selesema:

1. Basuh tangan sekerap mungkin dan jadikannya amalan keluarga, terutama anak-anak yang aktif bermain.

2. Pastikan bilik air dan dapur sentiasa bersih, terutama apabila ada anggota keluarga diserang selesema.

3. Tutup mulut dengan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu ini selepas sekali digunakan.

4. Jangan berkongsi cawan atau gelas dengan orang lain, terutama jika ada yang kena selesema.

5. Jauhkan diri, terutama kanak-kanak, daripada orang yang diserang selesema. Jika diserang selesema, Pastikan anda minum banyak air, sekurang-kurannya lapan gelas sehari. Jangan minum minuman beralkohol dan kopi serta merokok kerana ia boleh memburukkan simptom selesema.

6. Ambil cuti sakit dan berehat. Pada masa sama, anda mengelakkan virus daripada menjangkiti orang lain. Legakan tekak dengan minum minuman yang bercampur sedikit garam atau limau bersama madu beberapa kali sehari. Ia juga baik meredakan batuk.

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply