» » ‘Parcel Locker’ bantu mudah urusan

Kuala Terengganu: Pos Malaysia Berhad bakal menampilkan produk terbaru ‘Parcel Locker’ bagi memperluaskan operasi perkhidmatan mobiliti kepada orang ramai.

Ketua Pegawai Operasinya Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, jangkaan operasinya bermula pada suku pertama 2014.

Beliau berkata, dengan kemudahan terbabit, pelanggan Pos Malaysia yang menggunakan segmen Pos Laju boleh melakukan transaksi di luar.

“Kita memahami perubahan kehendak pelanggan jadi pengenalan ‘Parcel Locker’ ini dapat membantu mereka menghantar dan menuntut bungkusan atau dokumen melaluinya.

Parcel Locker
LAKARAN Parcel Locker yang akan diperkenalkan Pos Malaysia. Foto - HM

“Mereka tidak perlu ke pejabat pos bagi melakukan transaksi berkenaan. Ini memberi pilihan kepada pelanggan kami,” katanya.

Katanya, bukan saja dapat memberi kemudahan kepada pengguna, tetapi transaksi menjadi lebih pantas kerana kod pengambilan barang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) terus ke telefon bimbit penerima dan penghantar barangan.

Sebagai permulaan, perkhidmatan itu boleh didapati di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang bagi menilai permintaan pasaran dan kehendak terhadap produk berkenaan.

“Kita akan meletakkan operasi ‘Parcel Locker’ di Lembah Klang sebelum melebarkannya ke lokasi berpotensi lain,” katanya.- HM

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply