» » Hantaran Untuk Majlis Pertunangan


Mengikut adat Melayu, barang hantaran tunang hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).

Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang2 hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan.

Sebelum memilih barang-barang hantaran, anda kenalah mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, bakal pengantin kenalah berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran.

Berikut disenaraikan hantaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:

1.Sirih junjung
2.Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
3.Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
4.Kain songket
5.Sejadah
6.Tuala
7.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
8.Coklat atau manisan lain
9.Kek
10.Potpourri
11.Buah-buahan

Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:

1.Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
2.Tepak sirih
3.Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
4.Telekung sembahyang
5.Kek
6.Buah
7.Coklat atau manisan lain
8.Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb

Di harap anda telah mendapat sedikit idea dalam memilih barang-barang untuk majlis pertunangan anda kelak!

Sumber: http://setelkahwin.com

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply