SYDNEY: Gempa bumi kuat 7.1 magnitude melanda perairan Papua New Guinea hari ini serta gempa susulan 6.7 magnitud, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa pertama berukuran 7.3 magnitud namun angka itu diturunkan, melanda perairan 57 kilometre dari Bandar Panguna, di Pulau Bougainville.
Gegaran kedua berlaku sejam selepas itu di 96 kilometre dari Panguna. - AFP
No comments: