KUALA LUMPUR: China menanggguhkan penghantaran sepasang beruang panda ke Malaysia yang dijadualkan pada minggu depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel.
Kedua-dua negara itu bersetuju pada 2012 bahawa China akan menghantar sepasang panda untuk ditempatkan di Malaysia selama 10 tahun.
"Mereka (China) sedang menunggu keputusan MH370. Mereka akan lewatkan penghantaran beruang itu dan mereka mungkin hantar pada lewat Mei," katanya.
Beliau berkata, China dan Malaysia bersetuju bahawa beruang panda itu akan tiba "pada tarikh yang signifikan pada Mei nanti".
Tarikh 31 Mei adalah ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.
Panda dikenali dengan nama Feng Yi (Phoenix) dan Fu Wa (Lucky) yang dilahirkan pada 23 Ogos 2003 itu antara lapan panda yang mendapat perhatian ramai dan turut menyerikan Olimpik Beijing 2008. - AFP
No comments: