» » » RM180 juta bina PPR tahun ini

Foto: tunasmuda.

RANTAU PANJANG: Kerajaan Persekutuan melalui pelbagai agensinya membelanjakan RM189 juta untuk membina kira-kira 5,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Zubir Abdul Ghani berkata peruntukan tersebut melibatkan pembinaan projek perumahan rakyat di bawah pelbagai agensi seperti Giatmara, Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

"Daripada jumlah tersebut, 20 unit rumah dibina di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang melibatkan kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar, di Kampung Lubuk Setol, di sini, hari ini.

Katanya pembinaan rumah tersebut juga akan ditingkatkan kepada 30 unit dengan nilai RM1.2 juta pada tahun depan melalui program NBOS untuk membantu mangsa kebakaran di negara ini.

"Peruntukan diberikan setiap tahun untuk membina rumah baharu bagi mangsa kebakaran tetapi kita tidak mampu untuk menggantikannya secara keseluruhan," katanya. - HM

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply