» » Israel dan Palestin semakin hampir untuk berdamai.

Foto: thecommentator

TEL AVIV, Israel 8 Dis. - Israel dan Palestin kini semakin hampir untuk memeterai perjanjian damai selepas beberapa tahun perbincangan diadakan bagi melaksanakan matlamat tersebut.

`Saya yakin kita semakin hampir untuk mencapai keamanan, kemakmuran dan keselamatan yang sudah menjadi hak kepada penduduk di rantau berkenaan,’’ kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry kepada pemberita ketika berada di Lapangan Terbang Ben Gurion.

Kenyataannya itu dibuat selepas Israel dan Palestin melakukan perbincangan selepas beberapa rundingan langsung diadakan sejak akhir Julai lalu, walaupun tidak menunjukkan kemajuan yang memberansangkan.

Kerry juga dilaporkan akan berjumpa dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk kali ketiga dalam masa 24 jam semalam, dalam membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan keselamatan. - AGENSI

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply