» » » » Penggunaan Benzoil Peroksida dalam makanan tidak bahaya


KUALA LUMPUR - Penggunaan Benzoil Peroksida dalam makanan tidak mendatangkan bahaya kerana ia bukan karsinogenik yang boleh menyebabkan barah.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, kajian keselamatan oleh badan penilai antarabangsa mendapati semasa pemprosesan makanan, hampir keseluruhan Benzoil Peroksida bertukar kepada Asid Benzoik, sejenis bahan pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

"Aditif makanan yang dibenarkan termasuk Benzoil Peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu oleh badan penilai antarabangsa bersama terdiri daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif Makanan (JECFA)," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Senator Datuk Muhammad Olian Abdullah yang bertanya mengenai kesan penggunaan Benzoil Peroksida kepada kesihatan dan kaedah pemantauan terhadap penggunaan bahan itu oleh pengeluar tepung gandum.

Katanya, penggunaan Benzoil Peroksida dalam tepung gandum adalah dibenarkan, namun pada kadar tidak melebihi 60 miligram. - Bernama

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply