Keadaan kereta Syarul yang terlibat dalam kemalangan di Seremban, Negeri Sembilan yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram miliknya semalam.
KUALA LUMPUR – Pelakon yang popular menerusi drama Romi Cinta Julia, Syarul Ridzwan, berdepan detik cemas apabila kereta jenis Honda Civic yang dipandunya terbabas dan terbalik ketika dalam perjalanan dari Linggi, Negeri Sembilan menuju ke Kuala Lumpur petang semalam.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang di Jalan Sungai Ujong, Seremban, Negeri Sembilan itu, Syarul atau nama sebenarnya, Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 25, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kepada wartawan dan kawan-kawan, maaf saya tidak mengangkat telefon kerana sibuk menguruskan hal kemalangan ini. Saya okey, tiada kecederaan langsung, tidak pengsan atau luka-luka. Alhamdulillah, saya tiada apa-apa.
“Saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Linggi selepas habis penggambaran Street Vendetta dan kemalangan itu berlaku di Jalan Sungai Ujong, Seremban kerana jalan licin selepas hujan. Kereta yang saya pandu hilang kawalan lalu terlanggar pembahagi jalan dan berpusing dua kali sebelum terbalik,” tulisnya di laman sosial Instagram.
No comments: