» » Final kedua Piala AFF Suzuki sah di Bukit Jalil.


KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil dipilih venue perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia menentang Thailand, Sabtu depan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, petang ini.

Pagi tadi, Hamidin bersama pengurusan FAM serta Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Datuk Azzuddin Ahmad mengadakan tinjauan akhir sebelum sebarang keputusan berkenaan penggunaannya dimuktamadkan.

Kali terakhir padang Stadium Nasional Bukit Jalil digunakan sebagai venue perlawanan bola sepak adalah ketika final Piala Malaysia antara Johor Darul Takzim (JDT) bertemu Pahang, 1 November lalu.

Pada perlawanan pertama Khamis ini, kedua-dua pasukan akan beraksi di Stadium Stadium Rajamangala di Bangkok.

Malaysia mengesahkan tiket ke pentas final Piala AFF Suzuki 2014 selepas mengejutkan Vietnam di gelanggang lawan, 4-2 dan menang agregat 5-4.

Dalam pada itu, bagi penjualan tiket pula, bagi tiket atas talian akan mula dijual esok hingga Rabu, sementara tiket biasa, mula dijual pada Khamis dengan harga RM50 dan RM10.

SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Datuk Azzuddin Ahmad (dua dari kanan) diberi penerangan oleh Pengarah RS Greenmaster, Suramaniam Raman (kanan) ketika melihat keadaan padang serta rumput di Stadium Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA.

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply