» » Minyak masak, tepung kurang di pasaran


ALOR SETAR 1 Jun - Pengguna di Kedah kini berdepan masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum serta kenaikan harga barangan itu sejak minggu lepas.

Tinjauan harga barangan itu di Pasar Besar Alor Setar mendapati minyak masak dijual RM3.20 sekilogram berbanding RM2.50 sebelum ini manakala tepung gandum pula RM1.35 sebelum ini meningkat kepada RM1.80 sekilogram.

Seorang peniaga kuih, Mah Toh Hamid, 70, berkata, kenaikan harga dua barangan penting itu membebankan pengguna terutama peniaga makanan sedangkan harga dua barangan itu bersubsidi dan tidak sepatutnya meningkat.

Katanya, kenaikan harga tepung dan minyak itu mengakibatkan mereka terpaksa menanggung kerugian selain tidak boleh menaikkan harga kuih-muih sewenang-wenangnya. - BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply