» » Tiga anggota LTTE diberkas

TIGA warga asing dipercayai anggota pengganas LTTE diberkas di Petaling Jaya dan Klang baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Tiga lelaki warga asing yang dipercayai anggota Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) diberkas dalam serbuan di Petaling Jaya dan Klang pada 15 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketiga-tiga lelaki itu dipercayai memasuki negara ini sejak tahun 2004 dan masing-masing mempunyai kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR).

"Ketiga-tiga lelaki itu dipercayai menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebar propaganda ideologi mereka dan cuba menghidupkan semula pergerakan kumpulan pengganas itu khususnya di peringkat antarabangsa," kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam. - kosmo

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply