» » NGO gesa supaya Akta Produk Halal diwujudkan



KOTA BHARU 28 Mei - Dua buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menggesa supaya satu akta produk halal yang khusus diwujudkan bagi memberi jaminan kepada rakyat negara ini khususnya umat Islam.

Pengerusi Institusi Modenisasi Pemikiran Anak Kelantan (IMPAK),Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, ia juga bagi mengelakkan mana-mana pihak daripada mengeksploitasi tanda halal.

Beliau berkata, sekiranya satu akta khusus diwujudkan, ia akan memberi penekanan yang lebih serius malah mereka yang menyalahgunakan logo halal boleh dikenakan tindakan yang berat."Dengan adanya akta itu, setiap syarikat yang mengeluarkan produk makanan kepada pengguna Islam tidak akan mengambil sikap sambil lewa dalam menjaga kepentingan halal."Isu yang timbul sekarang ini sekali gus memberi imej buruk kepada negara yang dikenali sebagai hab halal dunia oleh negara luar. Jadi, saya harap akta yang tertangguh itu diteruskan oleh kerajaan,"- katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan Polis mengenai dua sampel coklat Cadbury mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu, dekat sini hari ini. - UTUSAN

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply