» » Bukit Aman tubuh pasukan khas buru pembunuh Lans Koperal Azuan


TELUK INTAN - Bukit Aman menubuhkan pasukan khas memburu penjenayah yang terbabit dalam kematian anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Lans Koperal Mohd. Azuan Abdullah, Isnin lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pasukan itu juga mengambil alih siasatan kes yang berpunca daripada kejadian samun.

"Pasukan khas tersebut akan ambil alih siasatan untuk menahan suspek yang kita anggap sebagai ganas dan agresif ini,” katanya kepada pemberita di Makmal Taktikal Polis bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, di sini hari ini.

Dalam kejadian 1.15 tengah hari di Batu 10 menghala Alor Pongsu, Bagan Serai itu, Mohd. Azuan, 25, anggota URB Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian maut di tempat kejadian selepas motosikalnya dirempuh dari arah belakang oleh kereta yang dipercayai dinaiki tiga penjenayah.

Mohd. Azuan sebelum itu mengejar penjenayah terbabit yang dipercayai menyamun sebuah van rokok di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu.

Kejadian turut menyebabkan rakan setugasnya cedera parah.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh. - Bernama

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply