» » RapidKL sediakan 15 bas pengantara pada 12-13 April


KUALA LUMPUR 4 April - Rapid Rail Sdn. Bhd. (RapidKL) akan menyediakan 15 bas pengantara bagi memudahkan pergerakan 110,000 penumpang RapidKL Monorail Line pada 12 dan 13 April berikutan penggantungan sementara perkhidmatan itu.

Ketua Pegawai Operasinya, Abdul Hadi Amran berkata, perkhidmatan pengantara itu akan meliputi 11 stesen monorel terbabit.

"Kemudahan itu disediakan di tiga laluan iaitu KL Sentral-Bukit Bintang, Titiwangsa-Bukit Bintang dan KL Sentral-Titiwangsa dengan tambang RM1 bagi setiap perjalanan atau 50 sen bagi mereka yang menggunakan kad konsesi.

"Perkhidmatan bas pengantara ini diadakan dengan kekerapan setiap 15 minit, bergantung kepada keadaan lalu lintas pada dua hari berkenaan," katanya pada majlis taklimat 'KL Monorail Fleet Expansion Project' (KLMFEP) di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata, penggantungan sementara perkhidmatan monorel itu dilakukan untuk menaik taraf sistem pengisyaratan monorel, yang menjadi sebahagian daripada KLMFEP.

Penggantungan itu bermula pada 12 tengah malam 12 April hingga 4 pagi 14 April sebelum perkhidmatan beroperasi seperti biasa mulai 6 pagi 14 April.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi RapidKL Helpline di talian 03-78852585 atau melayari www.myrapid.com.my. - BERNAMA

About Admin

Arkib Terkini merupakan sebuah portal yang menyampaikan informasi menyeluruh kepada anda.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply